RUMAH TRADISIONAL
1. Rumah ini dibina di kawasan luar bandar atau kampung.
2. Contoh rumah tradisional adalah seperti:-
(a) Rumah Minangkabau
· Terdapat banyak di Negeri Sembilan dengan rekaan bentuk bumbung seperti tanduk.
(b) Rumah bagan
· Dibina di tepi sungai
(c) Rumah rakit
· Merupakan rumah terapung yang dapat bergerak mengikut paras air dan dibina di sungai dan di laut.
(d) Rumah Tradisional Melayu
· Rumah kampung yang berseni dengan berseni dengan ukiran di pintu dan tingkap yang bertiang tinggi.
(e) Rumah panjang
· Dihuni oleh kebanyakan kaum Iban di Sarawak dan didiami oleh beberapa keluarga bersama-sama.
3. Kebanyakkan rumah tradisional dibina menggunakan kayu, papan, buluh, serta daun nipah.
4. Pembinaan rumah ini biasanya didirikan secara bergotong-royong atau mengupah tukang kayu yang mahir dan tidak memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment