Rumah Pangsa
Rumah ini dibina bertingkat yang mengandungi unit rumah berasingan. Terdapat kemudahan asas seperti kedai, tempat letak kereta, tempat pembuangan sampah dan lif. Rumah ini diklasifikasi sebagai rumah mampu milik.
Kondominium
Bangunan ini dibina bertingkat dengan unit rumah yang berasingan. Keluasan unit rumah lebih luas berbanding rumah pangsa. Kemudahan yang disediakan pemaju antaranya dewan, gimnasium, kolam renang, dobi dan kawalan keselamatan.
Rumah Teres
Diperkenalkan pada permulaan abad kedua puluh,rumah teres (juga digelar rumah paut lurus) telah digunakan di Malaysia sejak pemerintahan awal British.
Rumah Banglo
Rumah ini dibina dengan setiap unit tidak bersambung antara satu sama lain. Dengan erti kata lain,rumah banglo tidak berkongsi dinding dengan rumah yang lain seperti rumah teres.Rumah Banglo boelh dibina secara persendirian di atas tanah lot ataupun dibina oleh pemaju di kawasan perumahan.
No comments:
Post a Comment