Thursday, 1 May 2014

Jenis-jenis rumah (power point) (video)

http://youtu.be/S14G_mLn7rU

Rumah Moden

RUMAH MODEN
1.  Rumah dibina di kawasan bandar yang berpenduduk padat.
2.Contoh rumah moden ialah rumah teres, rumah berbandung, rumah kedai, rumah banglo, rumah pangsa, kondominium, dan sebagainya.
3.Bahan-bahan utama yang digunakan dalam pembinaannya ialah batu, simen, dan pasir.
4.Sebelum projek dapat dilaksanakan, kontraktor perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan setelah memenuhi beberapa peraturan dan keselamatan.
5.Pihak lain yang terlibat adalah seperti arkitek, tukang paip, juru elektrik, dan buruh binaan.

Rumah Tradisional

RUMAH   TRADISIONAL

1.    Rumah ini dibina di kawasan luar  bandar atau kampung.
2.  Contoh rumah tradisional adalah seperti:-
(a)   Rumah Minangkabau
·       Terdapat banyak di Negeri Sembilan dengan rekaan bentuk bumbung seperti tanduk.
(b)   Rumah bagan
·       Dibina di tepi sungai
(c)   Rumah rakit
·       Merupakan rumah terapung yang dapat bergerak mengikut paras air dan dibina di sungai dan di laut.
(d)   Rumah Tradisional Melayu
·       Rumah kampung yang berseni dengan berseni dengan ukiran di pintu dan tingkap yang bertiang tinggi.
(e)   Rumah panjang
·       Dihuni oleh kebanyakan kaum Iban di Sarawak dan didiami oleh beberapa keluarga bersama-sama.

3.  Kebanyakkan rumah tradisional dibina menggunakan kayu, papan, buluh, serta daun nipah.
4.  Pembinaan rumah ini biasanya didirikan secara bergotong-royong atau mengupah tukang kayu yang mahir dan tidak memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa.

Wednesday, 30 April 2014

latihan objektif

soalan objektif

1.Antara yang berikut manakah jenis rumah moden ?
A     Rumah limas
B     Rumah banglo
C     Rumah Minangkabau
D     Rumah perabung lima

2. Semua jenis rumah yang dinyatakan adalah rumah moden kecuali__________.
A       rumah teres
B       rumah banglo
C       rumah pangsa
D       rumah panjang

3. Rumah jenis ini diduduki oleh banyak keluarga dan banyak terdapat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.  Rumah yang dijelaskan ialah___________.
A       rumah pangsa
B       rumah panjang
C       rumah kampung
D       rumah Minangkabau

4. Apakah cirri-ciri rumah Tradisional ?
A       Biasanya beratap zink
B       Ada kemudahan kolam renang dan
          gymnasium.
C       Didirikan di kawasan pinggir bandar dan    
          bandar.
D       Dimiliki oleh golongan yang berpendapatan
          sederhana.

5.  Cirri-ciri bahan binaan rumah di bawah   
     adalah kemungkinan menunjukkan kepada ­­__



 Bata, lantai seramik, genting,    ventilizer, pemanas air suria
  




A        kondominium
B        rumah panjang
C        rumah kampung
D        rumah Minangkabau




A.             Tempat untuk beristirahat.
B.              Menyimpan duit simpanan
C.             Melindungi harta benda keluarga.
D.             Lokasi untuk mengadakan perbincangan.

latihan-Namakan jenis-jenis rumah berdasarkan gambar





video jenis-jenis rumah

http://youtu.be/DThkmHh0FHw

Sunday, 20 April 2014

Pengenalan jenis-jenis rumah Moden

Jenis-jenis Rumah Moden

Rumah moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa.

Kebanyakan rumah moden dibina daripada batu, jubin, kaca, besi dan sebagainya. Biasanya terdapat di kawasan bandar atau pekan.